Bahayanya Asap Rokok Kepada Kanak-kanak
Jarang-jarang di tempat awam terutama kedai makan mengamalkan polisi ‘no smoking’. Walaupun ada tanda ‘no smoking’ tapi tak da yang hiraukannya. Adakalanya orang itu baru duduk dan setelah memesan makanan, dia terus capai rokok dan nyalakan dan hisap seperti tak ada orang lain wujud di tempat itu.
Tahu tak, Walaupun kita tidak merokok tapi kita juga terdedah kepada bahaya asap rokok. Sebab itu lah, kepada perokok, bertimbang rasa kepada orang terdekat dan sekeliling anda. Rokok membunuh! Bukan anda sahaja tetapi melibatkan orang yang ingin menjaga kesihatan dengan tidak merokok.
Yang selalu menjadi mangsa ialah kanak-kanak. Parah lagi kalau ibu atau bapa mereka perokok.
Kenapa kanak-kanak berisiko tinggi terhadap penyakit yang disebabkan oleh asap rokok?
Tahu tak, dengan hanya sebatang rokok, 4 ribu bahan kimia dilepaskan di ruang udara.
Seorang dewasa bernafas dalam 15 – 16 kadar pernafasan seminit, kanak-kanak pula dalam 40 – 50 kadar seminit.
Kadar pernafasan yang laju tu menyebabkan mereka menyedut lebih banyak bahan kimia dari asap rokok.
Sistem pernafasan dan imunisasi mereka yang belum matang sepenuhnya juga menyebabkan mereka berisiko tinggi terhadap jangkitan.
Semasa mereka bermain, meniarap, merangkak atau memasukkan tangan atau apa saja ke dalam mulut, mereka berpotensi menyedut, menelan malah menyerap melalui kulit sisa-sisa partikel beracun dari asap rokok.
Yang lebih menyedihkan, mereka tidak dapat menyuarakan ketidakseleseaan apa bila berada di kawasan yang dicemari asap rokok atau berada bersama dengan perokok.
Apakah kesan asap rokok terhadap kesihatan kanak-kanak
1. Sindrom kematian mengejut terutamanya pada bayi
Ibu mengandung yang merokok memberi kesan kepada bayi dalam kandungan.
Asap rokok juga memberi kesan terhadap sindrom kematian mengejut (SIDS) di kalangan bayi sihat terutama yang di bawah umur satu tahun.
2. Jangkitan Kuman
Bayi itu terdedah kepada bahan nikotin dalam darah ibu yang memberi kesan terhadap perkembangan paru-paru bayi.
Ada kes bayi yang dijangkiti kuman, paru-parunya terpaksa ditebuk dan bayi bergantung kepada alat pernafasan khas bagi memastikan organ pernafasannya stabil. Tidak kah kita ada belas kasihan?
3. Sering batuk dan mendapat jangkitan pernafasan
Anak-anak terdedah kepada asap rokok lebih cenderung mendapat batuk, batuk berkahak, asma dan sesak napas.
4. Jangkitan paru-paru (Pnemonia)
Menurut Pakar Perubatan Respiratori Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Norzila Mohamed Zainudin, 90% kanak-kanak yang menghidap penyakit paru-paru mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga yang merokok.
Ibu yang merokok juga memberi kesan kepada jangkitan paru-paru kerana ia menyebabkan saluran pernafasan bayi lebih kecil menjadikan mereka berisiko tinggi terhadap bronkitis dan pneumonia.
Sayangi anak anda jauhi mereka daripada asap rokok.
Jika anda ialah ibu atau bapa dan adalah perokok, tidak pernah terlambat untuk berhenti merokok.
Boleh tengok video ini, kisah seorang lagi perokok tegar, Encik Hazrin yang berjaya berhenti merokok selepas 2 minggu diberi minum VIVIX Shaklee oleh isteri beliau
Ingin cuba iktiar seperti Encik Hazrin? Memang tak sia-sia dia mencuba kaedah ini.
Jom tempah Vivix Hari ini
Sekiranya anda ingin berhenti merokok dengan Vivix yang jauh lebih mudah dan selamat, sila Whatsapp ‘Vivix‘ dengan Klik di link ini http://simplyremedies.wasap.my.
** Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Jumpa lagi di next entry ya! Semoga dengan semangat yang kuat serta bantuan bahan dalam Vivix anda boleh katakan TIDAK kepada rokok!
Luv,
Simply Remedies (Jane)
Your trusted Shaklee Distributor
Shaklee Distributor ID : 1140236
WhatsApp : 0194590217
Email : info@simplyremedies.com