5 Nutrien Untuk Meningkatkan Metabolisme

Nak kurus dan dah cuba banyak cara tapi tak juga kurus atau bila berhenti diet tu terus jadi gemuk malahan berat badan lebih dari berat sebelum diet pun.
Jom Jane nak kongsi tentang metabolisme yang kita perlu ketahui kepentingannya dalam proses kita nak turunkan berat badan atau untuk mencapai tahap BMI yang normal.
Tahap Metabolisme
Metabolisme adalah proses tubuh untuk menukar makanan dan nutrien kepada tenaga dan untuk menyokong pelbagai fungsi tubuh. Metabolisme yang tinggi membakar kalori lebih cepat menjadikan seseorang tidak mudah untuk mengalami pertambahan berat badan.
Manakala metabolisme yang rendah bermakna proses pembakaran kalori yang lebih perlahan. Berikut adalah beberapa nutrien yang boleh membantu meningkatkan metabolisme dan menyokong pengawalan berat badan yang lebih baik:
Zink
Kelenjar tiroid anda memerlukan zink untuk menghasilkan hormon tiroid, yang membantu mengekalkan metabolisme dan tenaga anda. Diet yang kurang zink boleh mengurangkan keupayaan kelenjar tiroid anda untuk menghasilkan jumlah hormon yang mencukupi dan ia merendahkan metabolisme.1
Vitamins B
Fungsi utama vitamin B adalah membantu tubuh anda mencerna karbohidrat, protein, serta lemak, dan seterusnya menggunakan tenaga yang tersimpan dalam makanan. Metabolisme yang sihat memastikan tubuh anda menggunakan nutrien ini untuk tenaga dan bukan menyimpannya sebagai lemak.
Zat Besi
Zat besi bertanggungjawab untuk mengangkut oksigen ke dalam sel badan anda, termasuk otot anda, yang membantu membakar lebih banyak lemak.3 Diet yang kurang zat besi boleh mengakibatkan anemia kekurangan zat besi, yang boleh membuatkan anda jadi tidak bermaya dan melambatkan metabolisme anda.
Asid Lemak Omega-3
Asid lemak Omega-3 dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dan proses pembakaran lemak4 kerana ia mempengaruhi leptin, hormon yang mengawal kadar metabolisme dan memberitahu otak anda bahawa anda kenyang, yang membawa kepada peningkatan rasa kenyang.
Protein Tanpa Lemak
Mengambil jumlah protein tanpa lemak yang mencukupi bukan sahaja membantu anda merasa kenyang, tetapi juga meningkatkan termogenesis, proses yang mana tubuh anda menukar kalori untuk menghasilkan haba.5 Pertama, badan membakar tenaga tambahan dengan mencerna protein tanpa lemak dan kedua, protein membantu mengekalkan jisim otot, kalori badan dan mesin pembakar lemak anda.
Bagaimana nak dapatkan sumber nutrien yang boleh membantu meningkatkan metabolisme dan menyokong pengawalan berat badan yang lebih baik?
Hubungi kami dengan klik whatsapp Simply Remedies untuk Jane bantu mendapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat apabila anda mendaftar sebagai ahli Shaklee, juga konsultasi produk Shaklee mengikut kesesuaian anda.

Ataupun
Pembelian terus secara online dari E-Sell Shaklee. Pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan kad debit atau kad credit, klik pada icon produk di bawah. YOUTH akan dihantar ke alamat yang anda nyatakan dengan perkhidmatan kurier.

Inginkan diskaun sehingga 15% atau promosi hebat bagi produk-produk Shaklee? Tambahan dari itu, aksess percuma ke laman maklumat kesihatan Shaklee yang juga mengandungi maklumat terkini mengenai produk serta kebaikan kesihatan yang kita nikmati melalui pengambilannya. Saya tunggu Whatsapp anda untuk share caranya
Simply Remedies
Pengedar Shaklee Miri,
Shaklee ID : 1140236
WhatsApp : 0194590217
Email : info@simplyremedies.com

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Rujukan:
- Stephanie AE, J.Michael Overton et al., Regulation of Metabolic Rate and Substrate Utilization by Zinc Deficiency. Metabolism Clinical and Experimental, June 2004, Volume 53, Issue 6, Pages 727–732
- Gregory JF III, Park Y, Lamers Y, Bandyopadhyay N, Chi YY, et al., Metabolomic Analysis Reveals Extended Metabolic Consequences of Marginal Vitamin B-6 Deficiency in Healthy Human Subjects. 2013, PLOS ONE 8(6): e63544.
- Fernandez JM, Castro JD, Alferez MJM and Aliaga IL., Iron Deficiency and Neuroendocrine Regulators of Basal Metabolism, Body Composition and Energy Expenditure in Rats, March 2019, Department of Physiology and Institute of Nutrition and Food Technology, University of Granada, Spain.
- Gerber PA, Gouni B, Berneis K., Omega-3 Fatty Acids: Role in Metabolism and Cardiovascular Disease. Curr Pharm Des. 2013;19(17):3074-93.
- Halton TL, Hu FB., The Effects of High Protein Diets on Thermogenesis, Satiety and Weight Loss: A Critical Review. Dept of Nutrition, Harvard School of Public Health. J Am Coll Nutr. 2004 Oct;23(5):373-85.