5 Penggunaan Toner Yang Tidak Disangka

Memakai toner pada kulit adalah sama pentingnya dengan pembersih. Toner bertindak sebagai langkah tambahan untuk membersih, toner digunakan untuk menghilangkan lebihan kotoran, minyak dan solekan nipis yang tidak dikeluarkan semasa membersihkan kulit anda. Bukan setakat itu sahaja.
Ingin tahu bagaimana anda boleh memanfaatkan toner yang anda gunakan kini? Teruskan membaca ya..
1. Menyegarkan Kulit Anda

Semasa cuaca panas, tiada apa yang dapat mengalahkan minuman yang sejuk dan menyegarkan.
Begitu juga dengan kulit anda.
Apabila anda memerlukan penyejuk, masukkan toner ke dalam peti sejuk selama 10 minit, kemudian tuangkan sedikit ke atas pad kapas dan sapukannya.
Anda sudah dapat menikmati rawatan pendinginan segera dan menyegarkan di rumah!
2. Semburan Wajah Buatan Sendiri

Pasang penutup semburan pada toner anda dan semburkan ia bila-bila masa, di mana jua terutamanya apabila anda merasa kulit letih atau kusam.
Toner mengandungi ramuan berkhasiat dan berfungsi sebagai pilihan sepanjang hari untuk kulit yang segar dan terhidrat
3. Untuk Leher Dan Bahagian Dada Serta Bahu Yang Lebih Berseri

Leher dan bahagian dada serta bahu juga memerlukan penjagaan yang rapi dan cara terbaik untuk melakukannya ialah dengan menggunakan toner berkhasiat anda.
Tingkatkan penggunaan toner ke leher dan dada anda untuk membersih, menghidrat dan menyuburkan kulit di kawasan ini kerana ia merupakan bahagian anggota badan yang menunjukkan tanda-tanda penuaan yang pertama
4. Bertindak Sebagai Pembersih Sel Kulit Mati Dan Pembersih Solekan Ringan

Bergantung kepada kegunaan, sesetengah toner mengandungi bahan pengelupasan untuk membersihkan sel-sel kulit yang mati dan pencemaran persekitaran untuk menyerlahkan keserian anda.
Sesetengahnya bertindak sebagai pembersih solekan ringan untuk membersihkan solekan yang tidak dapat dibersihkan pada proses pembersihan.
Jadi, cari toner yang menawarkan kedua-dua kebaikan!
5. Melindungi Daripada Kehilangan Kelembapan

Selain membersihkan sel kulit mati dan menyuburkan kulit anda, toner membantu mencegah kehilangan kelembapan dengan memberikan kulit anda lapisan kelembapan tambahan.
Di Korea, terdapat satu kaedah yang dipanggil “7 Kaedah Pelembapan Kulit” di mana 7 lapisan toner ditampal dan ditapis untuk meningkatkan penghidratan.
Walaubagaimanapun keadah ini tidak perlu, hanya pilih toner semulajadi yang berkesan menggunakan bahan berasaskan tumbuhan yang menawarkan penghidratan yang diperlukan oleh kulit anda.
YOUTH PERFECTING SKIN TONER
Bebaskan kulit anda daripada pencemaran persekitaran!

- Membersihkan sel kulit mati, menghidrat dan membekalkan nutrisi kepada kulit
- Campuran vitamin yang penting, polifenol dan bahan-bahan botanikal yang berpaten untuk kulit yang berseri
- Bahan-bahan utama termasuk Vital Repair Complex, Ekstrak Anggur Muscadin dan Ekstrak Alga Hijau yang meremajakan kulit.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk YOUTH Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dengan klik wasap Simply Remedies
Jane @ Simply Remedies
Shaklee ID : 1140236
WhatsApp : 019-459-0217
FB : SimplyRemedy

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.