Asid Folik Disarankan Bagi Bakal Ibu Dan Ibu Hamil

Wanita dan Asid Folik memang tidak dapat dipisahkan terutama bagi bakal ibu serta ibu hamil. Ramai yang keliru dengan mitos asid folik sehingga membuat keputusan melulu untuk tidak mengamalkannya sebelum serta selepas hamil.
Dr Afida berkata “ada pesakit, katanya tak mau makan asid folik sebab takut dapat anak perempuan, mereka nak anak lelaki.”
Anak lelaki atau perempuan, semuanya rezeki dan amanah dari Tuhan, tak da kaitan dengan pengambilan asid folik sebelum hamil.
Dalam matapelajaran biologi, kita ada belajar tentang kromosom, penentu jantina.
- Ibu: kromosom X kerana wanita ada 2 kromosom X
- Ayah: sperma ayah ada kromosom X & Y.
Kalau sperma X yang berjaya menembusi telur X ibu, dapatlah anak perempuan. Kalau sperma Y, dapatlah lelaki.
Memang tak ada kaitan antara bakal jantina anak dengan pengambilan asid folik!

Prof Dr Imelda Balchin juga mengulas “Asid folik tidak membantu meningkatkan kesuburan anda. Terlalu ramai bertanya tentang ini. Ini bukanlah ubat cepat hamil”.
Bila Perlu Mula Amalkan Asid Folik?
Wanita yang ingin merancang hamil, disarankan untuk mengambil asid folik 3 bulan sebelumnya.
Pada trimester pertama – 12 minggu pertama kehamilan atau 3 bulan pertama kehamilan, bakal ibu wajib mengambil folic acid
Dos Asid Folik Yang Disarankan
Dos biasa bagi asid folik ialah 400mcg
Dos akan dinaikkan ke 5mg jika pesakit berisiko tinggi seperti:
- bakal ibubapa atau keluarga ada kecacatan neural tube defect (NTD)
- pernah mempunyai anak dengan NTD
- ibu menghidap diabetes
Fungsi Utama Asid Folik
Sebenarnya asid folik sangat diperlukan dalam pembentukan tulang tengkorak dan tulang belakang janin yang melindungi otak dan saraf tunjang.

Asid folik akan membantu mengurangkan :
- risiko NTD sebanyak 90% kepada bayi
- risiko autism spektrum disorders (ASD) sebanyak 20%
- risiko barah dan ketumbuhan otak dan saraf tunjang
- risiko mendapat penyakit mental di kalangan kanak-kanak dan remaja
Sumber Asid Folik
Ada juga makanan yang kaya dengan folik asid yang disarankan buat ibu-ibu.
Makanan seperti yang tersenarai dibawah mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
- bayam, 1 cawan;
- kacang bendi, setengah cawan;
- asparagus, setengah cawan;
- lentil, setengah cawan;
- hati, 1 keping;
- 11 batang taugeh brussels;
- kacang mata hitam, 4 sudu makan;
- emping bran, 7 sudu makan;
- germa gandum, 25g / 1 aun;
- betik sederhana besar.

Dr.Imelda menulis dalam facebooknya bahawa kesedaran akan pentingnya asid folik bagi kehamilan membuatkan 81 negara di seluruh dunia mewajibkan penjualan gandum dan bijiran yang diperkayakan dengan suplemen asid folik supaya wanita yang tidak merancang kehamilan atau terhamil masih boleh mendapatkan asid folik daripada pemakanan sebelum dan selepas hamil.
Selain dari diet harian, B-Complex dari Shaklee juga kaya dengan asid folik. Dalam penyediaan makanan, kandungan asid folik mudah termusnah jika terlebih masak, maka pengamalan suplement kaya asid folik seperti B-Complex Shaklee mampu memenuhi lompang nutrisi yang kita tidak dapat perolehi dari diet harian.
Credit To : Dr Afida Sohana, Prof Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Perubatan Subspecialist Maternal & Fetal dari Universiti Malaya
Semoga info ini berguna bagi kita sebagai wanita yang berkawin dan bakal menjadi ibu, ibu yang sedang hamil atau punyai ahli keluarga yang sedang hamil, boleh la kongsikan info ini.
New limits are only new until you test them
Simply Remedies,
Pengedar Shaklee Miri,
ID Pengedar Shaklee : 1140236
WhatsApp : 0194590217
Email : info@simplyremedies.com
