Cara Makan Collagen Powder Shaklee Yang Berkesan
Wanita tak akan senang hati dan duduk diam kalau dia punyai masalah kulit kering, kulit berkedut, kulit mengendur, rambut rosak atau pun kuku yang mudah patah dan tak sihat.
Punca utama masalah tu kemungkinan besar berkaitan dengan masalah kekurangan kolagen. Lagipun kalau sudah berusia 25 tahun ke atas, penghasilan kolagen semulajadi dalam tubuh pun berkurangan. Sebab itu sangat penting untuk mengambil kolagen tambahan supaya ia dapat melengkapi keperluan kolagen tubuh dan melambatkan proses penuaan.
Terdapat banyak sumber kolagen di pasaran dan yang paling effektif adalah dalam bentuk oral – dimakan atau diminum. Sesetengah produk kecantikan mempunyai kolagen juga tetapi size molekulnya adalah besar dan ia sukar diserap ke dalam kulit maka keberkesanannya adalah kurang.
Yang memilih Collagen Powder Shaklee, keberkesanannya sangat tinggi kerana ia dihasilkan dari Sisik Ikan Merah dan digabungkan dengan 6 lagi ramuan lain. Oleh kerana kolagen ialah sejenis protein yang sukar untuk diserap oleh badan, pengambilannya kena betul untuk meingkatkan keberkesanannya.
Saya nak kongsi bagaimana cara makan kolagen Shaklee dengan betul.
Cara makan kolagen Shaklee Yang Betul
Sekotak Collagen Powder Shaklee mengandungi 15 sachet dan hanya perlukan 1 sachet sahaja sehari.
- Gunting atau koyakkan hujung sachet Collagen Powder Shaklee
- Tuang ke dalam segelas air kosong atau jus pilihan anda
- Kacan dan sedia untuk di minum
Waktu Makan Kolagen
Kolagen perlu dibiarkan melepasi perut dan terus ke bahagian usus tanpa dirosakkan oleh asid dalam perut supaya kolagen dapat diserap dengan maksimum di bahagain usus.
Jika kolagen dihadamkan bersama-sama makanan lain, ia akan termusnah dan sudah pasti tidak akan mendapat manfaat daripada kolagen tersebut.
- Ia mesti diambil ketika perut kosong dan bersama dengan air. Sebaiknya ia diambil sebelum masuk tidur kerana proses baikpulih sel berlaku pada waktu malam semasa tidur iaitu antara pukul 11 malam hingga 4 pagi.
- Atau pun ambil waktu pagi sebelum sarapan pun boleh juga.
Jangan lupa untuk ambil 2-3 liter air sehari ya
Cara Makan Kolagen Shaklee
Collagen Powder ini tidaklah sehanyir seperti yang disangkakan kerana ia berasaskan sisik ikan merah. Kalau yang sensitive dengan bauan, boleh bancuh serbuk kolagen dengan minuman kegemaran masing-masing seperti jus oren, susu, air serbuk koko dan sebagainya, Bancuh dengan air kosong pun tiada masalah.
Saya suka bancuh Collagen Powder dengan secawan Performance Drink atau dengan ESP. Kalau nak bancuh dengan Mighty 3 Germs set (Meal Shakes, Performance Drink dan ESP) pun sedap juga. Jika anda juga mengambil Vivix, boleh juga larutkan dalam air kosong yang dicampur dengan sesudu teh Vivix.
Elak daripada bancuh dengan air panas untuk elak ia berubah menjadi ‘gelatine’ yang menyukarkan serapan oleh badan. Nanti rugi saja makan padahal kolagen tu dah musnah dalam suhu yang panas.
Amalan Collagen Powder secara konsisten boleh menyebabkan KULIT anda semakin licin, tegang, anjal dan kemerah-merahan.
Itu penerangan secara ringkas cara makan Shaklee Collagen Powder Yang Berkesan. Mudah saja kan, tak banyak do and dont’s sebenarnya. Semoga anda dapat manfaat dari sharing ini.
Bagaimana Cara Nak Dapatkan Collagen Powder Shaklee ?
Hubungi kami dengan klik http://simplyremedies.wasap.my untuk Jane bantu mendapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat apabila anda mendaftar sebagai ahli Shaklee.
Ataupun
Pembelian terus secara online dari E-Sell Shaklee. Pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan kad debit atau kad credit, klik pada icon produk di bawah. Produk akan dihantar ke alamat yang anda nyatakan dengan perkhidmatan kurier.
Konsultasi dan cara pengambilan adalah esklusif bagi pelanggan SimplyRemedies.com sahaja.
Tough times never last, but tough people do.
Robert H. Schuller
Simply Remedies
Pengedar Shaklee Miri
Shaklee Miri ID : 1140236
WhatsApp : 0194590217
Email : info@simplyremedies.com
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.