Jenis-jenis Oats dan Kebaikan Untuk Kesihatan Ibu Mengandung
Sarapan bersama oat menjadi pilihan ramai sebagai menu sihat, berkhasiat dan mengenyangkan untuk memulakan hari yang baru. Tidak dinafikan, bijirin oat sangat baik diambil untuk sarapan dan ia memberi manfaat kepada kesihatan tubuh terutama ia mampu mengurangkan paras kolesterol dan tekanan darah tinggi. Terdapat banyak cara untuk menyediakan hidangan oat yang cepat dan mudah tapi menyelerakan. Sama ada tambahkan buah-buahan atau susu krim ke dalam hidangan oat, ia tetap memberi keperluan nutrisi harian.
Ini 6 Kebaikan Mengamalkan Oat Dalam Diet Harian Terutama Semasa Mengandung
1. Sumber tenaga semulajadi
Membekalkan tenaga dalam bentuk karbohidrat berkanji, memberikan glukosa segera untuk bekalkan tenaga bagi keperluan harian
2. Sumber gandum penuh
Oats mempunyai kandungan whole grain yang tinggi, merupakan pakej lengkap untuk sumber serat, nutrient, dan komponen bioaktif.
3. Serat tinggi
Mempunyai kandungan serat yang tinggi, baik untuk penghadaman perut, menurunkan paras kolesterol, dan membantu dalam pengurusan berat badan. Serat juga mampu mengelakkan masalah ketidakselesaan perut seperti sembelit.
4. Tinggi beta-glucan
Merupakan jenis fiber yang membantu mengawal glisemik dan mengawal paras kolesterol.
5. Sumber thiamin, iron, magnesium, & phosphorus
Vitamin dan mineral dalam oats sangat baik untuk badan. Makanlah oats dan susu untuk pakej makanan yang membekalkan nutrien terbaik!
6. Rendah sodium
Oats mempunyai kandungan sodium yang rendah.
Terdapat beberapa jenis oats di pasaran, bergantung kepada kaedah pemprosesan oats tersebut. Oats adalah sumber karbohidrat, sama dengan nasi. Satu cawan oats adalah bersamaan dengan 2 senduk nasi, namun oats mempunyai lebih khasiat!
Jenis-jenis Oats
Instant oats
Oats yang dikisar halus menjadikan oats ini sangat cepat dimasak, dan boleh disediakan dengan hanya menggunakan air panas
Oats powder
Oats yang paling halus, dikisar sehingga menjadi serbuk, sesuai untuk dijadikan minuman, dan menjadi pilihan mereka yang tidak gemar ‘mengunyah’ oats biasa.
Rolled oats
Oats yang banyak didapati di pasaran, tidak terlalu tebal, dan sesuai dimasak dalam tempoh singkat
Steel cut oats
Oat groats yang dipotong kepada 2-3 bahagian kecil menghasilkan luas permukaan yang lebih besar dan membolehkan oat dimasak lebih cepat.
Muesli oats
Mempunyai oats yang lebih tebal, biasanya ditambah dengan kekacang dan buahan kering untuk memberikan rasa dan nutrien yang terbaik.
Scottish oats
Mempunyai bentuk oats yang pelbagai, memberikan rasa yang lebih sedap
Oats Groats
Oat kasar dituai dari bijian oat, memerlukan masa yang agak lama untuk dimasak.
Credit :
Cawangan Pemakanan, Jabatan Kesihatan W.P. Kuala Lumpur & Putrajaya
Semasa mengandung anak ke-2, saya kena suruh minum air gula untuk memastikan kadar gula atau glukos dalam darah pada tahap selamat. Dah la mengandung, kena puasa semalaman – kira-kira 8 jam sebelum darah di ambil. Sampai di klinik, darah diambil dan baru diberi minum segelas air gula yang sangatlah pekat. Lepas tu masih puasa makan, minum air kosong saja boleh. Kena tunggu selama 2 jam dulu di klinik sebelum darah diambil lagi baru boleh balik. Tujuannya adalah untuk mengambil bacaan glukos dalam darah semasa berpuasa (Fasting Blood Sugar) dan semasa tidak berpuasa (Random Blood Sugar).
Bila keputusan keluar, bacaan selepas air gula tinggi sedikit dari paras normal. Jadi doktor bagi surat jumpa pakar pemakanan. Best juga lah bukan senang nak jumpa pakar dietician ni, kalau di private sure kena bayar mahal.
Dalam kelas tu ramai juga wanita yang mengandung, Pakar tu cerita tentang pemakanan dan ada sentuh mengenai oat juga. Rupanya, kalau nak diet atau nak jaga glukos dalam darah, tak boleh nak makan semangkuk oat sebab itu dah macam makan sepiring nasi. Sepatutnya kita makan satu sudu oat campur dengan susu, air panas sahaja atau tambah dengan buah-buahan. Bila mengandung, pemakanan kena jaga sebab asyik rasa lapar. Sebenarnya, boleh makan 8 kali sehari tapi hidangan itu pada kuantiti yang sedikit supaya kadar glukos dalam darah tidak naik mendadak.
Glukos dalam darah semasa mengandung, bila dia berulang kali naik dengan kadar yang tinggi dan turun, itu yang merbahaya keranan risiko mendapat diabetes mellitus. Kalau tidak terkawal boleh mendatangkan merbahaya kepada bayi dalam kandungan dan ibu mengandung.
Selain dari Oat, Shaklee ada set kehamilan, yang sesuai untuk wanita mengandung. Salah satu produk yang terpenting kalau nak jaga glukos dalam darah ini ialah ESP, soy protin.
Kenapa ESP soya protin?
1. ESP dikategorikan dalam makanan yang Indeks Glisemik (GI) ini bagus untuk wanita mengandung yang berhati-hati dengan kadar glukos dalam darah. Bercirikan rendah GI ini membantu penyerapan makanan berkarbohidrat dengan perlahan dan mengeluarkan gula dalam darah dengan perlahan. Kadar itu mengawal kenaikan gula dalam darah.
2. ESP sebagai Indeks Glisemik (GI) rendah juga lambat dihadam menjadikan wanita mengandung rasa kenyang lebih lama dan boleh kawal selera makan dan memastikan kenaikan berat badan terkawal.
3. Dengan mengamalkan makanan redah Gi ini, paras glukos dalam darah terkawal dan itu memastikan insulin yang dirembes oleh pankres dalam proses tindakbalas karbohidrat adalah pada kadar yang perlahan. Ini suatu kemestian bila wanita perlu mengawal kadar glukos dalam darah.
4. Makanan rendah GI ini membantu menstabilkan paras gula dalam darah dan mengelakkan paras itu naik dan turun mendadak.
5. Pengambilan makanan rendah GI membantu mengurangkan kolesterol jahat dan membaik aras kolesterol baik (HDL)
6. ESP tidak mengandungi bahan pengawet dan tidak mengandungi pemanis tiruan tetapi ia berupaya membekalkan tenaga berpanjangan kepada wanita mengandung. Ini dapat mengelakkan wanita itu mengambil minuman yang tinggi kandungan gula atau air manis pada kadar yang banyak dan kerap.
Boleh juga dengar perkongsian ibu ini, walaupun tengah mengandung, beliau mampu panjat Candi Borobudur lagi…
Ada banyak lagi kebaikan mengamalkan ESP ini semasa mengandung, kalau nak lebih effektif lagi, memang sangat disarankan untuk mengambil set Kehamilan kerana ia membantu anda menikmati 9 bulan kehamilan dengan lebih sihat, selesa dan bertenaga.
Nak cuba Set Kehamilan shaklee yang juga mengandungi ESP? Jom tanya saya dengan klik http://simplyremedies.wasap.my
Ataupun
Pembelian terus secara online dari E-Sell Shaklee menggunakan kad debit atau kad credit, klik pada icon produk di bawah. Pihak HQ Shaklee Malaysia akan terus membuat penghantaran ke alamat yang anda nyatakan menggunakan perkhidmatan kurier.
Cara pemakanan yang efektif berserta konsultasi akan diberikan kepada pelanggan Simply Remedies sahaja.
Semoga kehamilan yang ditungu-tunggu ini memberi harapan baru terhadap rumahtangga yang dibina.
Salam Sayang,
Simply Remedies
Your trusted Shaklee Distributor
Shaklee Distributor ID : 1140236
WhatsApp : 0194590217
Email : info@simplyremedies.com
* Sila rujuk kepada doktor anda, atau bidan, sebelum menggunakan sebarang suplemen semasa hamil atau menyusukan bayi
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah iklan produk suplemen.