Omega-3 Untuk Minda Anda

Omega-3 memainkan peranan penting untuk memastikan minda anda berfungsi seperti bilik kawalan 24 jam. Tahu tak hampir 60% otak kita diselaputi oleh lemak dan padat dengan asid lemak Omega-3.
Mengikut kajian yang telah dilakukan, telah menjadi keperluan untuk mengamalkan Omega-3 untuk membantu kesihatan minda kita.
1. Meningkatkan Prestasi Mental
Pengambilan Omega-3 menunjukkan :
- Mempunyai kesan positif terhadap pemikiran, memori dan tumpuan pemerhatian
- Menyokong pembelajaran yang optimum dan kemampuan membaca
- Meningkatkan penghantaran isyarat antara saraf otak untuk fungsi memori yang optimum.

2. Memperbaiki mood secara positif
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan EPA dan DHA mampu meningkatkan kepadatan saraf otak yang mengawal mood dan emosi.
Sebagai elemen yang penting untuk minda yang ceria, Omega-3 membantu
- Membangkitkan mood
- Meningkatkan kesejahteraan emosi secara keseluruhan

3. Mengekalkan fungsi kognitif yang sihat untuk golongan lanjut usia
Dengan peningkatan usia, ia menyebabkan penurunan penyerapan nutrien dan ia mempengaruhi penggunaan DHA otak dan prestasi mental. Alami penuaan yang sihat melalui pengambilan Omega-3 secara teratur untuk;
- Merendahkan risiko penurunan kognitif
- Menggalakkan dan mengekalkan fungsi otak yang normal, terutamanya kognitif dan memori
- Mengurankan risiko gejala-gejala yang berkaitan dengan kemerosotan awal kognitif seperti Alzheimer dan dementia
- Menggalakkan saraf otak yang sihat dan penghantaran isyarat optimum

4. Menggalakkan perkembangan otak yang sihat pada bayi semasa tempoh kehamilan dan awal kelahiran.
- Menyokong perkembangan sel otak janin yang sihat, terutamanya pada trimester ketiga
- Menyokong kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik di kalangan bayi
- Meningkatkan koordinasi tangan-mata serta kepintaran kanak-kanak
- Meningkatkan tumpuan pemerhatian di kalangan bayi dan kanak-kanak
- Menyokong perkembangan sistem saraf, persepsi, kognitif dan saraf motor semasa tempoh pertumbuhan otak.

Kesemua informasi ini adalah fakta dari beberapa journal yang telah dibuktikan sebagai rujukan anda, diantaranya:
1. Singh M. Essential fatty acids, DHA and human brain. Indian J Pediatr. 2005 Mar;72(3):239-42.
2. Judge MP, Harel O, Lammi-Keefe CJ. Maternal consumption of a docosahexaenoic acid-containing functional food during pregnancy: benefit for infant performance on problem-solving but not on recognition memory tasks at age 9 mo. Am
J Clin Nutr. 2007; 85:1572–7
3. Helland IB, Smith L, Saarem K Et al. Maternal supplementation with very-long-chain n-3 fatty acids during pregnancy and lactation augments children’s IQ at 4 years of age. Pediatrics. 2003 Jan;111(1):e39-44.
4. Kidd PM. Omega-3 DHA and EPA for Cognition, Behavior, and Mood: Clinical Findings and Structura Functional Synergies with Cell Membrane Phospholipids. Altern Med Rev. 2007 Sep;12(3):207-27.
5. Nilsson A, Radeborg K, Salo I, Björck I. Effects of supplementation with n-3 polyunsaturated fatty acids on cognitive performance and cardiometabolic risk markers in healthy 51 to 72 years old subjects: a randomized controlled cross-over
study. Nutr J. 2012 Nov 22;11:99. doi: 10.1186/1475-2891-11-99.
6. Molfino, A., Gioia, G., Fanelli, F. R., & Muscaritoli, M. (2014). The Role for Dietary Omega-3 Fatty Acids Supplementation in Older Adults. Nutrients. 6(10), 4058–4072.
7. Tanaka, K., Farooqui, A. A., Siddiqi, N. J., Alhomida, A. S., & Ong, W.-Y. (2012). Effects of Docosahexaenoic Acid on Neurotransmission. Biomolecules & Therapeutics. 20(2), 152–157.
8. Conklin SM1, Gianaros PJ, Brown SM, Yao JK, Hariri AR, Manuck SB, Muldoon MF. Long-chain omega-3 fatty acid intake is associated positively with corticolimbic gray matter volume in healthy adults. Neurosci Lett. 2007 Jun 29;421(3):209-12.
Semoga maklumat ini bermanfaat untuk anda dan Jane berharap ia memberi kesedaran kepada kita akan kepentingan mengambil Omega-3 yang mencukupi.
Bagaimana Cara Nak Dapatkan Omega Guard Shaklee ?
Hubungi kami dengan klik http://simplyremedies.wasap.my untuk Jane bantu mendapatkan produk Shaklee pada harga lebih jimat apabila anda mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Ataupun
Pembelian terus secara online dari E-Sell Shaklee. Pembayaran boleh dilakukan dengan menggunakan kad debit atau kad credit, klik pada icon produk di bawah. Produk akan dihantar ke alamat yang anda nyatakan dengan perkhidmatan kurier.

Konsultasi dan cara pengambilan adalah esklusif bagi pelanggan SimplyRemedies.com sahaja.
Saya Pengedar Shaklee Miri,
Simply Remedies
Shaklee ID : 1140236
WhatsApp : 0194590217
Email : info@simplyremedies.com

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.