Pemakaian Tali Keledar Keselamatan Penting Bagi Ibu Hamil
Siapa cakap ibu mengandung tak perlu pakai tali keledar keselamatan?
Malang tak berbau, kita tak boleh ramalkan pun atau terkecuali dari kemalangan dengan alasan kita hamil. Walaupun kita berhati-hati di jalan raya, kita berpotensi terlibat dalam kemalangan disebabkan kecuaian pemandu yang lain. Kalau sedia payung sebelum hujan, guna tali keledar keselamatan, dapat juga mengurangkan impak eksiden.
Tak perlu beli pelbagai produk atau sponge untuk letak di perut kononnya dapat melindungi rahim kalau berlakunya kemalangan. Sebab kajian menunjukan penggunaan tali keledar yang betul dan tepat dapat mengurangkan kecederaan kepada orang mengandung TANPA menggunakan produk tambahan.
Cara Pemakaian Tali Keledar Untuk Ibu Hamil:
- Tegakkan kerusi anda sebanyak yang mungkin. Kerusi yang terlalu rendah akan meninggikan risiko tali pinggang mencederakan rahim dalam kemalangan. Kerusi pemandu hendaklah ke belakang sedikit jauh dari beg udara ( air bag )
- Ketatkan tali pinggang dan pastikan tali pinggang yang melintang di bawah perut adalah cukup ketat.
- Tali pinggang yang belah atas atau pada bahu sepatutnya berada di celah-celah buah dada ibu.
- Jika ibu adalah pemandu sendiri, laraskan kedudukan stereng ke atas sikit
- SENTIASA pakai tali pinggang keledar keselamatan walaupun anda adalah penumpang yg duduk di belakang. Semasa nak adjust tali keledar tu angkat perut sikit dan pastikan tali pinggang dalam keadaan lurus dan berada di atas paha tetapi di bawah perut
Kedudukan ini untuk memastikan tali pinggang itu memegang pada tulang punggung atau pelvis dan tidak kena secara terus pada perut.
Jika berlakunya kemalangan dan tali keledar itu berada di atas perut dikhuatiri boleh menyebabkan kecederaan pada organ dalaman seperti hati, limpa, usus dan pada rahim sendiri.
Lagipun tulang, otot, organ dan cecair amnion dalam badan bertindak sebagai kusyen yang melindungi bayi dalam kandungan. Maka sangat penting bagi kita melindungi diri kita dulu dengan memakai tali keledar supaya bayi dalam kandungan kita selamat
Tetapi, jika berlaku kemalangan walau sekecil mana sekalipun, jumpalah doktor secepat mungkin untuk memastikan anda dan bayi tidak cedera.
Credit To : Dr Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi yang berkhidmat di sebuah hospital di Selangor darul Ehsan
Semoga tips dan langkah-langkah ini berguna untuk anda yang sedang hamil atau mempunyai ahli keluarga yang hamil. Semoga kita selalu beringat dan praktikkan penggunaan tali keledar walaupun ia mencabar bila perut si ibu semakin membesar bagi menyelamatkan nyawa orang yang tersayang.
Simply Remedies,
Pengedar Shaklee Miri,
ID Pengedar Shaklee : 1140236
WhatsApp : 0194590217
Email : info@simplyremedies.com