Pra-Eklampsia, Ancaman Kepada Ibu Mengandung Dan Bayi
Apa itu Sawan/ pra-eklampsia?
Pra-eklampsia adalah keadaan yang disebabkan oleh kehamilan, dan ianya berlaku pada trimester kedua kehamilan, selepas 20 minggu kehamilan.
Pra-eklampsia berkaitan dengan
- Tekanan darah yang tinggi
- Bengkak yang berlaku secara tiba-tiba
- Kenaikan berat badan yang mendadak disebabkan pengumpulan air dalam tubuh
- Kehadiran protein dalam air kencing.
Punca sebenar terjadinya pra-eklampsia masih lagi tidak diketahui.
Bahaya Pra-eklampsia Kepada Ibu dan Bayi?
Apa yang terjadi dalam pra-eklampsia ialah :
- Pengurangan aliran darah ke uri sekaligus membahayakan bayi dalam kandungan .
- Tumbesaran bayi menjadi terbantut disebabkan kuantiti oksigen dan nutrien yang sampai kepada bayi tidak mencukupi.
- Air kentuban juga akan menjadi kurang.
- Sekiranya tumbesaran bayi menjadi sangat terbantut, bayi boleh mati secara mengejut di dalam kandungan.
Risiko berkaitan dengan kehamilan dengan pra-eklampsia ini merupakan ancaman bagi ibu dan bayi. Oleh itu, kehamilan ini akan dipantau dari semasa ke semasa untuk memastikan bayi dan ibu dalam keadaan selamat dan sekiranya dikesan mengalami komplikasi, tindakan segera dapat diambil untuk menyelamatkan bayi.
Mengapa perlu tahu mengenai pra-eklampsia?
Pra-eklampsia sangat biasa berlaku di kalangan wanita hamil.
Pra-eklampsia ringan berlaku bagi 7 daripada setiap 100 kehamilan manakala eklampsia (sawan hamil) pula jarang berlaku; hanya 1 dalam setiap 100 wanita dengan pra-eklampsia akan mengalaminya.
Hampir separuh kes eklampsia (44 peratus) berlaku selepas bersalin, dalam tempoh berpantang (postpartum). 1 dalam 200 kehamilan (0.5%) akan mengalami pra-eklampsia yang serius ketika hamil.
Gejala Yang Perlu Diambil Perhatian
Gejala-gejala pra-eklampsia lazimnya ditunjukkan pada penghujung kehamilan, tetapi ada juga yang menujukkan gejala-gejala selepas bersalin. Gejala-gejala pra-eklampsia yang serius adalah :
- Sakit kepala yang tidak dapat dilegakan oleh ubat tahan sakit
- Mata menjadi kabur
- Pedih pada ulu hati yang tidak dapat dilegakan oleh ubat-ubatan gastrik
- Bengkak pada kaki dan muka yang makin bertambah
Sekiranya ada gejala-gejala ini, segera mendapat rawatan dengan pihak hospital kerana ia adalah tanda-tanda amaran bahaya.
Dalam pra-eklampsia yang serius ini, organ-organ penting di dalam badan – fungsi hati dan buah pinggang mungkin akan terjejas, sekaligus menjejaskan proses pembekuan darah yang normal di dalam badan.
Pra-eklampsia serius ini jika tidak dirawat boleh menjadi lebih teruk ke tahap eklampsia dimana sawan boleh terjadi. Walaupun ianya jarang terjadi 1 dalam 4000 kehamilan.
Siapa Yang Berisiko Ada Pra-Eklampsia?
Anda lebih cenderung untuk mendapat pra-eklampsia jika ini merupakan kehamilan sulung anda atau jika terdapat jarak yang besar, selalunya 10 tahun, antara kehamilan ini dengan kehamilan yang terdahulu.
Anda mempunyai risiko yang lebih jika anda:
- berumur 40 tahun atau lebih
- berat badan berlebihan ketika hamil, BMI 35 atau lebih.
- mempunyai masalah perubatan yang kronik yang menjejaskan sistem darah anda, termasuk tekanan darah yang tinggi, lupus,masalah buah pinggang, atau diabetes; kandungan kembar atau lebih;
- mempunyai sejarah pra-eklampsia dalam keluarga, contohnya, terdapat emak atau kakak yang mengalaminya
Bagaimana Untuk Mengurangkan Risiko Pra-Eklampsia?
Berbincang dengan doktor anda, tentang faktor-faktor yang anda ada. Setelah penilaian doktor, anda akan dinasihatkan memakan ubat aspirin 75mg sehari sekali dari pada awal kehamilan (12 minggu) sehingga bersalin untuk mengurangkan risiko anda mengalami pra-eklampsia.
Suplemen kalsium juga akan turut dimulakan. Tiada cara yang pasti 100 % untuk mencegah terjadinya pra-eklampsia. Tetapi, cara yang terbaik untuk memastikan yang anda atau bayi tidak dalam bahaya ialah dengan berjumpa doktor anda secara kerap untuk temujanji antenatal anda.
Ujian air kencing dan bacaan tekanan darah dijalankan oleh doktor atau jururawat semasa anda hadir untuk temujanji antenatal anda, adalah untuk mengesan tanda-tanda awal pra-eklampsia.
Credit :
Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita & Kehamilan
Saya juga mempunyai masalah darah tinggi sebelum mengandung anak saya yang ke-2. Memang akan di beri aspirin sehingga beberapa minggu terakhir sebelum due-date bayi saya.
Siapa tak gerun bila setiap kali temujanji di klinik kesihatan, jururawat akan menerangkan semua simptom yang berkaitan dengan darah tinggi termasuk lah pra-eklampsia ini. Berdoa sahaja dan serahkan segalanya kepada Tuhan.
Tetapi sebelum merancang kehamilan, saya memang sudah mula pemakanan sihat serta bersenam ringan untuk mencapai BMI yang normal untuk ketinggian saya. Selain itu, saya mengambil set kehamilan shaklee untuk menampung keperluan nutrisi yang saya tidak dapat perolehi dari diet harian. Memanglah, setiap hari pun tak mampu nak makan satu sajian buah-buahan, sayur pun satu dua jenis sahaja sudah pasti tidak dapat mencapai keperluan nutrisi tubuh badan.
Set Kehamilan Shaklee lah yang saya pilih, Kenapa? Kerana vitaminnya selamat, semulajadi dan berkesan untuk ibu hamil.
Nak tahu lebih lanjut tentang Set Kehamilan Shaklee? (Boleh baca disini ya).
Nak dapatkan Set Kehamilan Shaklee? Tanya saya dengan klik http://simplyremedies.wasap.my
Ataupun
Pembelian terus secara online dari E-Sell Shaklee menggunakan kad debit atau kad credit, klik pada icon produk di bawah. Pihak HQ Shaklee Malaysia akan terus membuat penghantaran ke alamat yang anda nyatakan menggunakan perkhidmatan kurier.
Cara pemakanan yang efektif berserta konsultasi akan diberikan kepada pelanggan Simply Remedies sahaja.
Penyedian sebelum merancang kehamilan sangat penting terutama dengan memastikan tubuh badan kita sihat supaya bayi yang akan dikandung pun sihat dan kita sebagai bakal ibu pun sihat dan dapat mengelakkan sebarang risiko semasa kehamilan. Jumpa lagi di entry lain yah!
Salam Sayang,
Simply Remedies
Your trusted Shaklee Distributor
Shaklee Distributor ID : 1140236
WhatsApp : 0194590217
Email : info@simplyremedies.com
Rujukan
1. Folic acid to reduce neonatal mortality from neural tube disorders, Hannah Blencowe et al, International Journal of Epidemiology 2010;39:i110–i121 doi:10.1093/ije/dyq028
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit. Ini adalah iklan produk suplemen.