Set Penyusuan Shaklee

Antara kelebihan penyusuan susu ibu, si ibu cepat kurus. Saya rasa tu satu-satunya kelebihan yang orang perempuan suka. Yela siapa yang tak nak slim dan ramping kan?
Penyusuan susu ibu ekslusif selama 6 bulan membantu ibu turunkan berat badan kalau dibandingkan dengan formula feeding atau gabungan susu formula + susu ibu. Berat yang dah hilang ni, boleh kekal sehingga bertahun lamanya tau.
Tapi ada juga yang gigih menyusu badan, tapi berat tak kurang-kurang pun. Tak semua mampu kurangkan berat badan dengan mudah. Kurang tidur atau rehat yang secukupnya antara faktor yang menganggu proses penurunan berat secara semulajadi ni, selain dari faktor permakanan ibu tu sendiri.
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi di Kementerian Kesihatan Malaysia


Pakar pun mengatakan faktor pemakanan tu bukan saja menggangu proses penurunan berat tau. Bukan itu saja, mengikut pengalaman, apa yang kita makan juga berkait rapat dengan penghasilan susu ibu. Sebab tu Jane nak kongsikan senarai vitamin yang terdapat dalam Set Penyusuan Shaklee yang boleh membantu ibu-ibu yang menyusu bayi untuk menjayakan perjalanan penyusuan susu ibu.
Vita-Lea Iron Formula

Vita-Lea merupakan multivitamin yang dilengkapi dengan kesemua vitamin dan zat besi.
Zat besi ini penting sebab ia membantu pembentukan sel darah merah kerana bila bersalin, ibu kehilangan banyak darah dan keperluan untuk memastikan pengambilan makanan yang seimbang penting bagi menggantikan darah yang hilang semasa proses kelahiran.
Bila anak mencecah 6 bulan, ibu selalunya disyorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi dalam pemakanan anak agar pertumbuhan dan tumbesaran yang normal dan optima.
Bagi ibu yang menyusu, bila mengamalkan Vita-Lea ini, zat besi turut diperolehi oleh bayi yang menyusu melalui susu ibu.
Lagi pun sesetengah ibu yang menyusu disarankan untuk mengambil zat besi supaya ibu bertenaga, tidak lesu, kurang berisiko untuk pitam dan pening setelah selesai sesi penyusuan atau mengepam susu.
B-Complex

B-Complex membekalkan kesemua 8 Vitamin B termasuk asid folik dan biotin yang seimbang untuk menguatkan tubuh serta melengkapi jurang nutrisi Vitamin B.
Vitamin B ini juga dikenali sebagai anti-stress (sebagai penenang) yang hebat dan ia dapat mengurangkan risiko meroyan atau ganguan emosi selepas bersalin.
Emosi ibu berkait rapat dengan penghasilan susu ibu. Bila si ibu berfikiran positif, tenang dan emosi baik, penghasilan susu secara automatiknya akan jadi lebih lancar.
Bila ibu menyusu mempunyai keperluan untuk mengambil bil perancang, Vitamin B-Complex jadi kemestian dan diambil secara konsistent bagi memastikan tubuh mendapat Vitamin B yang secukupnya.
Selain itu, Vitamin B bagus untuk kesihatan kulit ibu, ia juga membantu menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga, menstabilkan hormon juga.
Sustained Release Vita C Plus

Sustained Release Vitamin C ini bertindak sebagai antioksidan. Ia diperkayakan dengan 120mg Bioflavonoids Sitrus untuk meningkatkan keberkesanannya.
Pengambilan Vitamin C meningkatkan antibodi si ibu serta kandungan antibodi dalam susu ibu untuk anak yang disusuinya. Bila bayi tak sihat, si ibu disarankan untuk meningkatkan pengambilan vitamin C supaya anaknya turut mendapatkan khasiat dari susu ibu.
Selain itu, Vitamin C ini membantu meningkatkan proses penyembuhan luka bersalin si ibu dan juga dalam keadaan di mana puting ibu melecet atau luka, proses penyembuhan juga cepat.
Yang menariknya, Vitamin C ini memang terkenal kerana keupayaannya meningkatkan penghasilan kolagen dalam kulit. Sebab tu kita boleh mendapat kulit yang cantik, tone yang cerah dan berseri.
Ostematrix

Ostematrix diformulasikan dengan campuran 7 nutrient penting termasuk Kalsium, Vitamin D, Magnesium, Zink, Kuprum, Mangan dan Baron untuk membantu membina ketumpatan tulang.
Kaplet bersaiz kecil, mudah ditelan.
Kandungan Ostematrix ini penting bagi membantu menjaga tulang dan gigi si ibu supaya kuat dan sihat.
Bila si ibu berpantang, banyak pantang larang pemakanan, kadang-kadang bila sibuk mengurus anak, lupa nak jaga makan minum. Itu pun salah satu akibat si ibu boleh sembelit, letih dan lesu.
Kandungan mineral didalam Ostematrix membantu mengatasi masalah sembelit, ia juga memberi kelegaan pada otot-otot supaya si ibu bangun pagi dengan lebih cergas. Selain itu, ia mengekalkan tekanan darah yang normal, elakkan kemurungan, atasi masalah ‘water retention’.
Tahu tak, komposisi vitamin yang tinggi dalam susu ibu ialah kalsium kerana ia penting bagi pertumbuhan gigi, saraf, membina darah dan tulang. Sebab itu, ia tidak boleh dipandang ringan kerana si bayi mendapatkan sumber kalsium dari si ibu. Jika si ibu tidak menggantikan semula kalsium dalam badannya, si ibu berisiko tinggi untuk mengalami osteoporosis.
Alfalfa

Alfalfa, sejenis tumbuhan yang berkhasiat, telah digunakan secara turun-temurun untuk manfaat kesihatan.
Tumbuhan ini kaya dengan nutrien dan mineral termasuk kalsium, fosorus, zat besi, magnesium, klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin.
Khasiatnya penting untuk membantu penghasilan susu atau milkbooster.
Pengambilan yang berbeza bagi setiap ibu, Jane dulu mula-mula ambil 4 sudah memadai, dan pengambilan meningkat apa bila bayi telah melebih umur 6 bulan dan kitaran haid telah bermula. Alfalfa membantu stimulate penghasilan susu dengan lebih cepat. Maka ia bergantung kepada keperluan badan si ibu.
Yang menariknya, Alfalfa ni turut membantu pelawasan dan membuang angin dalam badan. Secara automatiknya, bayi juga mendapat kesan yang baik dan jarang mendapat ketidakselesaan akibat kembung perut
ESP Soya Protein

ESP ini diperbuat dari soya non-GMO dan setiap hidangan membekalkan 14g protein. Ia makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.
Protein lengkap ini mengandungi 9 asid amino penting bagi pembetukan sel yang sihat, juga penting bagi tumbesaran bayi.
ESP ini tergolong dalam makanan yang mempunyai indeks glisemik rendah yang menyebabkan ia berupaya membekalkan tenaga yang berpanjangan serta memberi rasa kenyang yang lebih lama. Ibu yang menyusu sentiasa berasa lapar, maka ia sangat membantu supaya si ibu untuk menjaga peningkatan berat badan serta mengekalkan tahap gula dalam darah yang normal.
Kandungan ESP ini juga penting bagi memperbanyakkan penghasilan susu ibu (milkbooster). Anak kenyang, masa penyusuan pendek dan masa tidur yang lebih nenyak.
Omega Guard

Omega Guard, minyak ikan tulen berkepekatan tinggi dan melalui penyulingan molekul berganda bagi menyingkirkan bahan berbahaya seperti raksa, plumbum, kadmium, arsenik dioksin, PCBs dan lain-lain bahan cemar.
Omega Guard ini kaya dengan asid omega-3 bagi menyokong perkembangan otak, mata dan sistem saraf bayi dan ibu.
Ia membantu menjaga kesihatan jantung, melancarkan aliran darah, meningkatkan kolesterol baik (HDL) dan menurunkan kadar kolesterol jahat (LDL)
Tak Rugi Mencuba Suplemen Set Penyusuan Shaklee
Susu ibu adalah makanan yang terbaik yang kita boleh berikan kepada bayi kita. Tempoh 6 bulan bagi penyusuan susu ibu yang penuh itu, kalau dapat di lanjutkan selama yang boleh, pasti ia merupakan suatu kepuasan dan bila melihat tumbesaran anak yang normal dan baik, tidak banyak masalah kesihatan itu adalah suatu blessing bagi keluarga kita.
Anda seorang ibu dan mahu bantuan untuk menjayakan perjalanan penyusuan anda bersama si manja? Boleh hubungi saya dengan klik wasap Simply Remedies dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Jane @ Simply Remedies
Shaklee ID : 1140236
WhatsApp : 019-459-0217
FB : SimplyRemedy

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.