Spektrum Lengkap Asid Lemak Omega-3

Minyak ikan adalah penting untuk kesihatan kita tetapi adakah kita tahu yang mana mengandungi kualiti terbaik minyak ikan? Spektrum lengkap omega-3 mengandungi bukan sahaja EPA dan DHA tetapi juga pelbagai jenis asid lemak omega-3 seperti ALA, SDA, ETA, HPA dan DPA, yang didapati dalam ikan segar tetapi tidak didapati dalam minyak ikan kerana proses pengendalian dan pengilangan yang kasar
Manfaat Spektrum Lengkap Asid Lemak Omega-3
Seperti Yang Terdapat Di Dalam Ikan
Walaupun badan pengawalseliaan kesihatan menyarankan pengambilan sekurang-kurangnya 2-3 hidangan ikan setiap minggu, ramai orang berada dalam dilema kerana ikan sering terdedah kepada pelbagai jenis logam berat dan pencemaran laut yang meningkatkan risiko terhadap kesihatan.
Dengan mengambil spektrum lengkap omega-3, ia membekalkan badan anda dengan semua asid lemak penting seperti yang ada di dalam ikan, menjadikan minyak ikan sebagus ikan!
Penyerapan yang lebih baik
Terdapat minyak ikan yang mengalami pengubahsuaian struktur untuk mengandungi hanya EPA dan DHA. Walaubagaimanapun, pelbagai penyelidikan mencadangkan bahawa minyak ikan dengan spektrum lengkap omega-3 dalam bentuk semulajadi mempunyai penyerapan yang lebih baik berbanding dengan yang telah diubah secara struktur. 1
Meningkatkan Keberkesanan
Para penyelidik telah mendapati bahawa subjek yang mengambil spektrum lengkap omega-3 semulajadi mempunyai tahap omega-3 yang lebih tinggi beredar dalam darah berbanding dengan mereka yang menggunakan omega-3 yang telah diubahsuai strukturnya. 1,2
Kajian ini membuktikan bahawa pengambilan spektrum lengkap minyak ikan memberi anda keberkesanan optimum untuk meraih manfaat omega-3.
Minyak ikan dengan spektrum lengkap omega-3 memastikan nilai pemakanan dan keberkesanannya, menawarkan anda sumber asid lemak omega-3 yang terbaik.

Siapa Perlukan Omega Guard Shaklee?
Ibu Hamil

- Membantu perkembangan otak bayi semasa dalam kandungan
- Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra matang
- Mengurangkan risiko gila meroyan selepas kelahiran bayi
- Mengawal kenaikan berat badan yang mencanak-canak naik
Warga emas

- Melambatkan degradasi tulang rawan
- Boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi
- Mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi
- Bertindak sebagai pelincir
- Membantu bergerak lebih bebas apabila sendi-sendi berkeriat-keriut & sakit
Minda Cerdas

- Kesan positif kepada perasaan, kognitif, daya ingatan, pembelajaran dan perhatian
- Memberikan kesan penuaan yang sihat, dimana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan demensia/nyayuk
Dengupan Jantung

- Membantu mengekalkan paras trigliserida (kolesterol) dan tekanan darah
- Meningkatkan pengaliran darah
- Mengekalkan degupan jantung yang sihat
Bagaimana Nak Dapatkan Omega Guard Shaklee?
Hubungi kami dengan klik wasap Simply Remedies untuk Jane bantu mendapatkan produk Shaklee. Jom jadi ahli untuk mendapatkan diskaun yang memang menjimatkan untuk pembelian setiap produk dan bonus dari Shaklee.
Jane @ Simply Remedies
Shaklee ID : 1140236
WhatsApp : 019-459-0217
Email : info@simplyremedies.com
FB : SimplyRemedy

* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Rujukan:
- L Lawson and B Hughes, “Absorption of eicosapentaenoic acid and docosahexaenoic acid from fish oil triglycerols or fish oil ethyl esters co-ingested with a high-fat meal,” Biochemical and Biophysical Research Communications,
vol. 156, no. 2 (Oct 31, 1988): 960-963. - B Beckermann et al., “Comparative bioavailability of eicosapentaenoic acid and docosahexaenoic acid from triglycerides, free fatty acids and ethyl esters in volunteers,” Arzneimittelforschung, vol. 40, no. 6 (June 1990): 700-704.