Vaksin Antitetanus Atau Kancing Gigi Untuk Ibu Mengandung

Kehamilan pertama, saya ingat lagi doktor ada bagi vaksin anti-tentanus ini. Alasannya kalau masa c-section nanti, nak elak dari peralatan yang mungkin tercemar ataupun penjagaan tali pusat yang tidak bersih, daripada menjadi punca tetanus. Masa tu tak faham lagi apa kepentingan itu tapi jom kita sama-sama belajar dari penerangan pakar.
Fungsi Vaksin Kancing Gigi
Vaksin kancing gigi dicucuk pada ibu mengandung ada 2 fungsi
- Lindung IBU dan BABY dari terkena penyakit kancing gigi.
- Tetanus penyakit berbahaya, tak ada ubat lagi dan boleh dicegah melalui vaksin.
Apa itu Kancing Gigi
Bila kita luka, bakteria penyebab tetanus boleh masuk melalui luka ini dan menyebabkan tetanus. Bakteria ini biasa ada pada tanah, debu, najis binatang dan manusia. Jadi berhati-hati jika kita berada dalam kawasan penternak bintang atau kawasan pertanian yang menggunakan baja najis binatang.
Bakteria spora bakteria Clostridium tetani ini memasuki tubuh manusia melalui luka .
Bila injection vaksin diberikan, badan kita akan buat antibodi melawan tetanus dan menghalang tetanus daripada menyerang.
Kenapa Perlukan Vaksin Kancing Gigi
Antibodi yang terhasil ini boleh berpindah ke anak dalam kandungan melalui perantaraan tali pusat dan baby juga dilindungi dari tetanus selepas dilahirkan, sehingga la baby tu dapat suntikan vaksin DTAP pertama bila umurnya 2 bulan.

Kalau kehamilan pertama, si ibu dah dapat vaksin ikut jadual immunisasi kebangsaan masa kecik-kecik – ibu akan dapat 2 kali suntikan antitetanus. Suntikan pertama biasa bagi lepas 20 minggu kehamilan dan suntikan kedua diberikan pada 24 minggu kehamilan.
Asalkan sebulan jaraknya dari 1st dose ( Doktor akan tentukan bila nak cucuk ). 2 kali cucuk —> Ibu akan dilindungi dari tetanus selama 3 tahun. Bayi yg dilahirkan dilindungi dari tetanus juga, tapi umur 2 bulan, baby kena pegi cucuk DTAP vaksin.
Kalau si ibu tak pernah cucuk vaksin masa dia kecik-kecik, vaksin antitetanus akan diberikan serta merta masa jumpa Dr memula, 2nd dose sebulan kemudian dan 3rd dose selepas 6 bulan menerima dose kedua. 3 kali cucuk —> Ibu akan dilindungi dari tetanus untuk 5 tahun.
Bayi yg dilahirkan turut dilindungi, tapi umur 2 bulan baby kena pegi cucuk DTAP vaksin. Kadar kematian tinggi dalam 70-100%. Bayi yang mengalami tetanus ini tak boleh hisap susu dan menangis, keras dan kejang.

Alhamdulilah, saya tak pernah jumpa neonatal tetanus. Sebabnya, kita rajin bagi vaksin antitetanus (kancing gigi) kepada ibu mengandung. Antibodi yang terhasil lepas kita cucuk ibu, diturunkan pada baby dalam rahim. Antibodi ini yang melindungi bayi selepas dia dilahirkan sementara tunggu 1st vaksin DTAP bilamana baby umur 2 bulan. Nanti saya cerita lagi, bila si ibu kena cucuk vaksin anti tetanus ni. Cuba tengok buku follow up memasing, dah cucuk ke belum ?
Kalau mengandung lagi dalam tempoh 3 tahun dan 5 tahun ( lepas 2 atau 3 kali cucuk vaksin ) ; perlukan booster sahaja. Cucuk sekali sahaja nanti untuk kehamilan terkini. Lebih dari tu, cucuk semula 2 kali.
Cucuk kat mana? Mana-mana tempat yang ada muscle/otot. Boleh jadi dilengan atau punggung. Punggung banyak sikit muscle, so kuranglah sakit. Kalau sakit dan bengkak tempat injection, tuam la dengan air sejuk/ais
Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak, Pegawai Perubatan Obstetrik & Ginekologi di Kementerian Kesihatan Malaysia
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua terutama bakal ibu. Jika ada keperluan untuk informasi yang lebih lanjut, boleh bertanya kepada doktor atau nurse semasa temujanji anda.
Jane @ Simply Remedies
FB : SimplyRemedy
